Thursday 2 February 2017

Road To BP Award


Penyematan Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana disempurnakan oleh Skipper Salim Samai Pesuruhjaya Daerah Kunak kepada 10 orang ahli pengakap kelana daerah kunak. Lencana tersebut diberikan kepada mereka kerana perkhidmatan yang mereka telah berikan kepada pengakap daerah kunak. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 Januari 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Terbuka SK Kunak 1. Skip Salim berharap agar mereka yang mendapat lencana ini terus berusaha ke arah mendapatkan BP Award dan sentiasa berkhidmat dalam pergerakan pengakap khususnya pengakap daerah kunak.



Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Kunak Bil 01/2017











Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Kunak Bil 01/2017
Tarikh : 25 Januari 2017
Tempat : SK Kunak 1, Kunak







Majlis Pengakap Kelana Daerah Kunak

Pada 08 Januari 2017, Pengakap Kelana Daerah Kunak telah menubuhkan Majlis Kelana Daerah Kunak bertempat di SK Kunak 1. Berikut adalah organisasi Majlis Pengakap Kelana Daerah Kunak 2017 - 2019.


Vigil Krew Kelana B & C


Pengakap Daerah Kunak Telah Menganjurkan Sebuah Aktiviti Ujian Mengenal Diri (VIGIL) Krew Kelana B & C. Antara Peserta Yang Dapat Mengikuti Aktiviti Tersebuat Adalah Pelajar-Pelajar Lepasan Sekolah Menengah Dan Berumur Diantara 18 Tahun Hingga 25 Tahun. Aktiviti Tersebut Telah Diadakan Seperti Ketetapan Berikut :-


            Tarikh : 07 - 08 Januari 2017
            Tempat : SK Kunak 1, Kunak
            Peserta : Krew Kelana B
                          Krew Kelana C
            Jumlah Peserta : 24 Orang
            Jumlah Urusetia : 20 Orang
            Jumlah Pemimpin : 6 Orang