Thursday 2 February 2017

Road To BP Award


Penyematan Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana disempurnakan oleh Skipper Salim Samai Pesuruhjaya Daerah Kunak kepada 10 orang ahli pengakap kelana daerah kunak. Lencana tersebut diberikan kepada mereka kerana perkhidmatan yang mereka telah berikan kepada pengakap daerah kunak. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 Januari 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Terbuka SK Kunak 1. Skip Salim berharap agar mereka yang mendapat lencana ini terus berusaha ke arah mendapatkan BP Award dan sentiasa berkhidmat dalam pergerakan pengakap khususnya pengakap daerah kunak.